Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

"Achievements of UTHM at the recent Malaysian Technology Expo (MTE 2011) - in Bahasa Malaysia"

HASIL PENYELIDIK UTHM GEMILANG DI MTE 2011

 

Kuala Lumpur Convention Centre – Lembaran diari penyelidikan dan inovasi bagi tahun 2011 dibuka dengan catatan kegemilangan apabila Penyelidik UTHM berjaya membuktikan keupayaan dalam menghasilkan penyelidikan yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan dengan kejayaan meraih 14 PINGAT dalam Malaysia Technology Expo 2011 yang telah dianjurkan mulai 17 hingga 19 Mac 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pameran ini turut melibatkan penyertaan Luar Negara seperti Croatia, Korea, Iran, Arab Saudi dan lain-lain lagi.

Keseluruhan 12 produk hasil penyelidikan dan inovasi UTHM yang menyertai 10 th Malaysia Invention and Innovation Awards yang diadakan sempena pameran ini berlangsung telah berjaya menggondol 2 pingat EMAS, 6 pingat PERAK, 4 pingat GANGSA dan 2 SPECIAL AWARD. Produk NiACom, hasil penyelidikan yang diketuai oleh En. Mohd Fadel bin Alwi (FKEE) telah berjaya memenangi pingat EMAS dan juga hadiah SPECIAL AWARD yang menawarkan wang tunai RM 1,000.00. Selain itu, produk ‘Novel Reflectarray Antenna Design With Combined Variable Slot Configurations’ hasil penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Muhammad Yusof bin Ismail (FKEE) turut berjaya menggondol pingat Emas.

Selain itu, produk penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Anika Zafiah binti Mohd Rus (FKMP) iaitu ‘Versatile Bio-Polymer from Waste Cooking Oil (BIO-WOP)’ berjaya memenangi pingat PERAK dan juga turut menarik perhatian juri untuk kategori pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya memenangi FOREIGN SPECIAL AWARD – INTERNATIONAL IRANIAN INNOVATORS ELITES INSTITUTE (IIIEI), IRAN.

Sesungguhnya, motivasi dan dorongan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi UTHM kepada para penyelidik turut menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan ini. Kesudian Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor UTHM untuk hadir bertemu dengan penyelidik UTHM pada hari pertama pameran ini berlangsung serta komitmen dan sokongan yang dipamerkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pengarah serta Timbalan Pengarah, Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi untuk berada bersama-sama dengan para penyelidik sepanjang tempoh berlangsungnya pameran ini telah berjaya menyuntik semangat dan keyakinan yang sangat tinggi kepada penyelidik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para penyelidik yang telah berjaya mengharumkan nama UTHM dalam pertandingan pada kali ini. Ucapan penghargaan juga dirakamkan kepada Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan MTE 2011.

Semoga kejayaan ini akan mendorong para penyelidik UTHM untuk lebih gemilang dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berkualiti pada masa-masa yang akan datang.

Disediakan Oleh Unit Pameran ;
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi
UTHM

Gambar Sekitar MTE 2011


Senarai Pemenang Pingat Malaysia Technology Expo 2011
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

Bil

Nama Penyelidik

Fakulti

Nama Produk

Pingat

1

EN. MOHD FADEL BIN ALWI

MR AHMAD AZLAN BIN ABDUL AZIZ

SITI NUR AAINA BINTI HAKIMI

NORAZIANI BINTI MOHAMADDAN

SITI NOR AKMALIZA BINTI LUTFI

 

FKEE

A Novel Interface Automatic Data Communication

( NiACom)

 

Emas &

Special Award

2

DR. MUHAMMAD YUSOF ISMAIL

MUHAMMAD INAM ABBASI

FKEE

Novel Reflectarray Antenna Design With Combined Variable Slot Configurations

Emas

3

ASSOC. PROF. DR. ROSZIATI IBRAHIM

HELMY ADLY MOHD NOOR

SIEW YEN YEN

FSKTM

Automatic Data Flow Diagrams Checker

 

Perak

4

DR. ANIKA ZAFIAH BINTI MOHD RUS

PN. FAZIMAH BINTI MAT NOR

NURUL SAIDATULSYIDA BINTI SULONG

FKMP

Versatile Bio-Polymer From Waste Cooking Oil (BIO-WOP)

 

Perak & Foreign Special Award

(IIIEI, Iran)

 

5

EN. AHMADUN NIJAR BIN ZAINAL ABIDIN

PROF. DR. MOHD ZARAR BIN MOHD JENU

WAN RAZLI BIN WAN ABDULLAH

FKEE

INACOM: Impulsive Electromagnetic Noise Analyser for Digital Communication.

 

Perak

6

DR. MD SAIDIN BIN WAHAB

NORANIAH BTE KASSIM

PROF. MADYA DR. ZAINOL AHMAD RAJION

FKMP

CAD-CDRC : Computer Aided Design for Complete Denture in Rapid Casting

 

Perak

7

DR. AHMAD RIZAL BIN MADAR

SITI NUR ATHIRAH BINTI MAZLAN

MOHAMAD ZAID BIN MUSTAFA

MOHAMAD RAFI BIN RAHHIM

FPTek

Educational Multifuncional PLC (EM-PLC)

Perak

8

DR ANIKA ZAFIAH BINTI MOHD RUS

NORAINI BINTI MARSI

NUR MUNIRAH BINTI ABDULLAH

PROF IR DR. SAPARUDIN BIN ARIFFIN

FKMP

Novelty Nanosurface Selfclean Lightweight Construction Composite (LCC)

Perak

9

CIK NURHANIM SAADAH BINTI ABDULLAH

RAMLAN BIN ZAINAL ABIDIN

SUHAIMI BIN MOHAMAD

FPTek

Magnetic-PLC Training Kit

Gangsa

10

DR. CHRISTY P. GOMEZ

MR NGU HUNG LUNG

MISS SITI FAZREENA IDAYU BAHTIAR

FPTPK

Sustainability-Quality Assessment Tool (SQAAT)

Gangsa

11

DR. MUHAMMAD YUSOF ISMAIL

MUHAMMAD INAM ABBASI

FKEE

Multi-function Reconfigurable Reflectarray Antennas with Optimized Performance

Gangsa

12

ASSOC. PROF. DR. ROSZIATI IBRAHIM

HELMY ADLY MOHD NOOR

TEOH SUK KUAN

FSKTM

Steganography Imaging System (SIS) : A Way to Hide Data from Hackers

 

Gangsa

 

 

 

 

 

 

 

 

Last Updated on Monday, 04 April 2011 09:20

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: