Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

"EXPLORATORY RESEARCH GRANT (ERGS) PHASE 1/2011 - OPEN FOR APPLICATION NOW!!" in Bahasa Malaysia

YBhg.Prof./Tuan/Puan, 


TAWARAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI (ERGS) FASA 1/2011 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah membuka permohonan untuk GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI (ERGS) FASA 1/2011  mulai 16 Februari 2011.

3.    Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg.Prof./Tuan/Puan dijemput untuk mengemukakan permohonan bagi geran ini berdasarkan kriteria-kriteria berikut : 


3.1 Bidang Penyelidikan :

a. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences)

b. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)

c. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)

d. Sains Sosial (Social Sciences)

e. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)

f. Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)

g. Pertahanan dan Keselamatan (Defence and Security)



3.2 Kos Projek dan tempoh

Tidak boleh melebihi RM 300,000 dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga tiga (3) tahun 

sahaja

3.3 Jumlah Permohonan

Setiap Ketua Projek hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi Fasa 1/2011 

3.4 Kertas cadangan penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan eksploratori, mantap, lengkap

dan mengikut Garis Panduan ERGS 

4.     Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan ERGS , Borang Permohonan ERGS dan Borang Penilaian ERGS untuk dijadikan panduan oleh Y.Bhg.Prof./Tuan/Puan. 

5.     Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi melalui TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN) Fakulti masing-masing dan perlu dimajukan ke Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi selewat-lewatnya pada 31 MAC 2011 (KHAMIS).

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh dimajukan kepada Pn. Norliah : 07-4538393/  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau Pn. Haniza: 07-453 8398/ This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai. 

Sekian, terima kasih.

Yang benar, 

Norliah bt Yaakub
b/p : Pengarah (Penyelidikan)
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi






Last Updated on Monday, 04 April 2011 09:27

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: