Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN PELBAGAI BIDANG (MDR) FASA 1/2012, UTHM

YBhg. Prof./Dato'/Tuan/Puan,

PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN PELBAGAI BIDANG (MDR) FASA 1/2012, UTHM
(Multidicplinary Research Grant)

Sukacita dimaklukan bahawa Pusat Penyelidikan dan Pembangunan telah membuka permohonan Geran Penyelidikan Pelbagai Bidang (MDR) Fasa 1/2012 mulai 2 Julai 2012 sehingga 19 Julai 2012. Geran ini adalah dibiayai oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Nilai maksimum peruntukan geran adalah RM 50,000.00 dengan tempoh penyelidikan adalah satu (1) hingga dua (2) tahun.

Pembiayaan geran penyelidikan ini meliputi ;

  • Teknologi Hijau Dan Bahan Lestari (Green Technology and Sustainable Material)
  • Pembangunan dan Pengurusan Lestari (Sustainable Development and Management)
  • Pembuatan Termaju dan Tambah Nilai (Advanced and Value Added Manufacturing)
  • Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (Technical and Vocational Education)
  • Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) (Information Technology and Communication)
  • Pemanasan Global (Global Warming)
  • Perubatan Tropika (Tropical Medicine)
  • Keselamatan Tenaga dan Air (Water and Energy Security)
  • Kecukupan Makanan (Food Security)
  • Penyakit Berjangkit (Infectious Disease)

Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Permohonan MDR, Borang Permohonan MDR dan Jadual Tindakan Permohonan untuk rujukan dan tindakan yang berkaitan.

YBhg. Prof./Dato'/Tuan/Puan dimohon untuk mematuhi jadual tindakan permohonan bagi melancarkan lagi proses pihak selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

"Dengan Hikmah, Kita Meneroka"

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

Last Updated on Tuesday, 07 August 2012 14:42

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: