Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Berita MTE 2013

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)–Kegemilangan UTHM dalam menerajui aktiviti penyelidikan dan inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan terbukti apabila produk hasil penyelidikan dan inovasi UTHM yang dipertandingkan dalam 12thMalaysia Invention and Innovation Awards sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 berjaya meraih 3 pingat Perak dan 7pingat Gangsa. Pameran telah dianjurkan pada 21 hingga 23 Februari 2013 di Putra World Trade Centre (PWTC) ini merupakan pameran terbesar yang berjaya mengumpulkan lebih 400 hasil ciptaan dan inovasi daripada pelbagai industri/agensitermasukdaripadaluar Negara seperti Taiwan, Korea, Nigeria, Poland, Iran dan Arab Saudi .

 

Pada tahun 2013 ini, UTHM telah menghantar penyertaan sebanyak 10 produk penyelidikan sahaja. Penyertaan pada tahun ini biarpun tidak berjaya memperolehi pingat emas, namun kesepuluh penyelidik ini berjaya memperolehi kejayaan masing-masing.UTHM juga pada tahun ini telah berjaya memperolehi 2nd Best Booth Design Shell Sheme Category.

 

Para penyelidik yang menyertai MTE 2013 juga merasa bertuah atas kesudian Y.Bhg.Prof.Dato’ Mohd. Noh bin Dalimin, Naib Canselor UTHM kerana telah hadir bertemu dengan para penyelidik UTHM . Sesungguhnya kehadiran beliau telah berjaya menyuntik semangat dan keyakinan yang sangat tinggi


kepada penyelidik untuk terus aktif berkarya dan menjalankan penyelidikan di masa akan datang.

Baca Selanjutnya>>

 

Last Updated on Monday, 27 May 2013 16:34

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: