Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

PECIPTA07 - UTHM 1 Perak, 4 Gangsa Tahniah!!

PECIPTA07 - UTHM 1 Perak, 4 Gangsa Tahniah!!
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2007: Kecemerlangan dalam bidang penyelidikan di UTHM terus menyerlah apabila Universiti baru-baru ini memenangi 1 Perak dan 4 Gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2007 (PECIPTA 07) yang berlangsung pada 10 hingga 12 Ogos 2007. Berikut adalah senarai kejayaan penyelidik Universiti daripada 19 produk yang dipertandingkan.

 

 

Bil
Hasil Penyelidikan
Penyelidik
Pingat
1
Encapsulated Road Pavement System (ERPS)- Innovative Road Pavement Construction On Soft Soil Using Innovative Prehydrated Geosynthetic Clay Liner

Mohd Idrus Hj Mohd Masirin (K)
D.C. Wijeyesekara
Mohd Nazri bin Mohideen
Amir Zaki bin Salikin

Silver

Transportation

2
Development of Monitoring System For Wafer Fabrication Cleanroom Using Labveiw 7.1 Software
Afandi bin Ahmad (K)
Muhamad Hairol bin Jabbar
Azlan bin Muharam
Azrin bin Subari
Muhammad Rusydan bin
Amir Hamzah
Mohd Hasrul bin Ishak
Bronze

Electrical & Electronics

3
Fluorescent Service Kit
Abdul Mutalib bin Leman
Sudarsan a/l Chandra Sekharan
Suziyana bte Ithnain
Abdul Rahman bin Omar
Bronze

Product Design

4
Industrial Air Pollution Monitoring System
Abdul Mutalib bin Leman (K)
Adnan bin Husain
Sudarsan a/l Chandra Sekharan
Suziyana bte Ithnain
Abdul Rahman bin Omar
Mohd Iffat bin Jamal Abd Nasir
Bronze

Industrial Equipment

5
Wireless Fever Monitor
Syarfa' Zahirah bte Sapuan

Mohd Zarar bin Mohd Jenu

Bronze

Electrical & Electronic

PECIPTA 07 yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Mustapa Mohamed telah disertai di kalangan IPTA dan IPTS. Seramai 65 penilai daripada Institut Pengajian Tinggi, Institusi Penyelidikan Kerajaan dan sektor swasta menilai hasil penyelidikan tersebut. Sebanyak 417 hasil penyelidikan dipertandingkan dan daripada jumlah tersebut hanya 167 hasil penyelidikan sahaja yang yang layak dianugerahkan pingat meliputi emas, perak dan gangsa.

Segala usaha dan kejayaan penyelidik Universiti di dalam PECIPTA 07 telah dikongsi bersama dengan Y. Bhg Dato’ Naib Canselor apabila beliau sanggup meluangkan masa selama 2 hari untuk bersama-sama penyelidik dan akhirnya bersama-sama berkongsi kejayaan. Turut hadir pada majlis penutup PECIPTA 07 ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Bagi pihak warga Universiti, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPI) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penyelidik yang telah mewakili Universiti. Segala keringat dan usaha yang dicurahkan moga-moga berpanjangan dan sentiasa menghasilkan kecemerlangan untuk kemakmuran sejagat.


PECIPTA 2007
16 Aug 2007
Oleh: Lutfan bin Jaes

Last Updated on Thursday, 10 March 2011 10:01

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: