Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

UTHM Menang 1 Pingat Emas Dan 1 Pingat Gangsa Di NRIC 2010,USM

USM, Pulau Pinang - Pelajar Projek Sarjana Muda Tahun Akhir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa daripada 5 produk penyelidikan di pertandingan ” National Research And Innovation Competition 2010 (NRIC’10) ” yang telah berlansung pada 25 hingga 29 Mei 2010 di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Keupayaan pelajar-pelajar UTHM memperolehi 2 pingat di pertandingan ini, membuktikan bahawa UTHM mampu melahirkan mahasiswa yang kreatif, inovatif dan dapat bersaing diperingkat global. Selain itu, keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran di UTHM yang sentiasa memberikan penekanan terhadap budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan pelajarnya turut menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan ini.

Pusat Penyelidikan Dan Inovasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan pelajar UTHM dalam pertandingan ini khususnya kepada pihak pengurusan tertinggi universiti, fakulti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, penyelaras PSM, dan semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya. Diharapkan kejayaan ini akan dapat membantu melahirkan generasi penyelidik yang mampu menyumbang kepada kemakmuran sejagat. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang Senarai nama pemenang pingat adalah seperti berikut :

 

Bil

Nama Peserta

Fakulti

Nama Projek

Pingat

1.

Teoh Suk Kuan

Siow Yen Yen

Kuan Kar Gaik

FTMM

Hiding Criminal Information System (HCIS)

Emas

2.

Lee Mei Poh

FKEE

Controlling Mobile Robot Via Bluetooth

Gangsa

Last Updated on Thursday, 10 March 2011 09:57

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: