Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

UTHM RANGKUL 1 EMAS, 10 PERAK DAN 6 GANGSA DALAM ITEX’10

 

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) – Penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merangkul 1 pingat emas, 10 pingat perak dan 6 pingat gangsa daripada 18 produk penyelidikan pada 21st International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2010 (ITEX’10) yang telah berlangsung pada 14 hingga 16 May 2010 di KLCC yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Sri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Pelbagai agensi Kerajaan, IPTA, sektor swasta, industri kecil dan sederhana, dan sekolah-sekolah telah menyertai ITEX’10 pada kali ini. ITEX’10 pada tahun ini turut menerima penyertaan daripada Negara-negara Asia dan Eropah seperti Rusia, Taiwan, Hong Kong dan Iran. Pameran yang dijalankan selama 3 hari ini telah menarik minat orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang untuk mengunjungi booth pameran UTHM bagi mendapatkan maklumat mengenai aktiviti penyelidikan yang dijalankan di universiti serta dapat mengenali universiti ini dengan lebih dekat lagi.

 

 

ITEX’10 merupakan platform untuk mengetengahkan hasil ciptaan penyeledik UTHM bagi mencipta peluang menjalinkan kolaborasi sama ada dengan syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Ia juga merupakan ruang bagi penyelidik yang baru pertama kali menyertai pertandingan penyelidikan di peringkat antarabangsa bagi menimba pengalaman untuk menghasilkan produk yang lebih baik dan mempunyai daya saing serta nilai komersil pada masa-masa yang akan datang. Universiti ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para penyelidik yang telah berjaya mengharumkan UTHM dengan kejayaan yang telah dilakar di pentas antarabangsa ini. Universiti berharap kejayaan ini akan dapat membina keyakinan kepada penyelidik untuk terus menggandakan usaha dalam menghasilkan produk penyelidikan baru yang lebih berkualiti bagi dipertandingkan di pertandingan-pertandingan penyelidikan dan inovasi yang akan datang selaras dengan moto Pusat Penyelidikan dan Inovasi, “Make New Again”.

 

 

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

BIL.

NAMA PRODUK

PENYELIDIK

PINGAT

1

PLANTING MULCHING THIN FILM BASED ON WASTE COOKING OIL POLYMER

Dr. Anika Zafiah binti Mohd Rus, Nik Alnur Auli binti Nik Yusof

Emas

2

PRIS: A SECURED IMAGING SYSTEM FOR MANAGING CRIMINAL CASES

Prof. Madya Dr. Rosziati binti Ibrahim, Teoh Suk Kuan, Siow Yen Yen, Kuan Kar Gaik

Perak

3

INTEGRATED COCONUT COIR COMPOSITE I-C 3

Dr. Shahrudin bin Mahzan @ Mohd Zin, Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Prof. Mohd. Imran bin Ghazali, Pn. Norashida binti Arsat, Mohd Amran bin Madlan

Perak

4

PORTABLE PULSE OXIMETRY SYSTEM WITH DATA LOGGING FUNCTION

Mohamed Ahmed Milad Zaltum, Dr. Muhammad Mahadi Bin Abdul Jamil, Muhammad Shukri bin Ahmed

Perak

5

GRAPHICAL USER INTERFACE OF GID TO IMPACT

Dr. Waluyo Adi Siswanto, Dr. Badrul bin Omar, Bana Handaga

Perak

6

RAPID CASTING OF PROSTHETIC EAR

Dr. Md saidin bin Wahab, Dr. Yusri bin Yusof, Noor Azizah binti Sidek, Azli bin Nawawi, Tn. Hj. Abdullah bin Hamat

Perak

 

 

BIL.

NAMA PRODUK

PENYELIDIK

PINGAT

7

VERSATILE DATA LOGGER

Mohamad Shukri bin Ahmad, Amita Raj a/l Selvaraju, Harindran a/l Parameswaran, Mageshwaran a/l Ramasamy, Muhammad Falihin bin Yusoff

Perak

8

EVALUATION OF PHYSIOTHERAPY TREATMENT BASED FUZZY LOGIC (LUMBAR SPINE)

Dr. Rozaida binti Ghazali, nurbihan binti Hashim

Perak

9

E-SMART ABACUS

Helmy Adly bin Mohd. Noor, Mohd Farhan bin Mohd Fudzee, Shahida Baizura binti Arafin, Mohd Norasri bin Ismail, Fazrina Zifa binti Zaukani

Perak

10

MOBIGULI: MOBILE 3D TRADITIONAL MARBLE GAME

Mohd Norasri bin Ismail, Muhamad Hanif bin Jofri, Helmy Adly bin Mohd Noor

Perak

11

MR-EX

Dr. Ahmad Rizal bin Madar, Siti Nur athirah binti Mazlan, Mohamad Rafi bin Rahhim@Rahim, Mohamad Zaid bin Mustafa

Perak

12

WIRELESS SWITCH ALARM CONTROL

Anwar Ahmad Al-Fawdaeai, Abdul Aziz Shair Al-Ghadri

Gangsa

 

 

BIL.

NAMA PRODUK

PENYELIDIK

PINGAT

13

DIP COATING MACHINE

Rosli bin Asmawi, Maznan bin Ismon, Shahrin Hisham bin Aminordin, Azlan bin Ahmad, Ahmad Rusydi bin Rusli, Ahmad Zulhilmi bin zulkifli, Mohd Norhafiz bin Hashim

Gangsa

14

SOLAT JAMA’ AND QASR GUIDANCE APPLICATION ON MOBILE PHONE

Suriawati binti Suparjoh, Mohd Zulhafeezan bin Ahmad Tarmizi, Mohd Norasri bin Ismail

Gangsa

15

FATIGUE DETECTOR

Helmi Adly bin Mohd Noor, Prof. Madya Dr. Rosziati binti Ibrahim

Gangsa

16

COMPUTATIONAL MODEL OF MOTORCYCLE AND RIDER

Dr. Waluyo Adi siswanto, Zaleha binti Muhamad, Cik Nur Hasalli binti Hj. Ibrahim, Amiruddin Faizal bin Nekmat, Cik Nur Adilla binti Abdul Latif

Gangsa

17

MAGNETIC – PLC TRAINING KIT

Nurhanim Saadah binti Abdullah, Ramlan bin Zainal Abidin, Suhaimi bin Mohamad

Gangsa

 

 

Last Updated on Thursday, 10 March 2011 11:18

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: