Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

PENYELIDIK UTHM MENANG KERTAS KERJA TERBAIK DALAM MUCET 2010

UTeM, Melaka – Penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya memenangi tiga Anugerah Kertas Kerja Terbaik bagi kategori poster dalam Malaysian Technical Universities Conference On Engineering And Technology (MUCET 2010) anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Malaysian Technical Universities Network (MTUN).

MUCET 2010 telah berlangsung di Hotel Bayview Melaka mulai 28 hingga 29 Jun 2010 dan telah mempertandingkan lebih 120 kertas kerja hasil penyelidikan yang disertai oleh para penyelidik dari UTHM, UTeM, UMP, UniMAP dan politeknik. Pertandingan untuk merebut Anugerah Kertas Kerja Terbaik dalam MUCET 2010 telah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu pembentangan secara oral dan juga secara poster.

Pihak universiti ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada para penyelidik yang telah berjaya mencapai kemenangan dan mengharumkan nama UTHM. Semoga kemenangan yang dicapai ini akan menjadi pemangkin dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan hasil penulisan yang bermutu tinggi.

 

Berikut ialah senarai nama penyelidik UTHM yang telah berjaya dalam MUCET 2010 :

ANUGERAH KERTAS KERJA TERBAIK (KATEGORI POSTER)

Bidang

Nama Penyelidik

Tajuk Penyelidikan

Electronics and Electrical Engineering

Riyaz Ahmad bin  Mohamed Ali

Electrical Property of Tio2 Film With Dragon Fruit and Blueberry Fruit For Solar Cell Application

 

Mechanical & Manufacturing Engineering

Dr. Waluyo Adi Siswanto

Development of Adverse Interface GID to Impact Finite Element Program

 

Social Sciences

Norhayati binti Abdul Rahman

Cultural Management And Its impact on Workplace quality Performance

 

 

Last Updated on Thursday, 10 March 2011 09:57

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: