Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

The National Research and Innovation Competition 2007

NRIC 2007 - 2 Perak, 1 Gangsa Tahniah!!
Penang, 20 Mei 2007: Rentetan kejayaan di kalangan penyelidik Universiti di ITEX 07 turut diikuti di kalangan pelajar-pelajarnya. Ini terbukti apabila para pelajar UTHM yang buat pertama kalinya menyertai “The National Research and Innovation Competition (NIRC 2007) berjaya membawa balik 2 perak dan 1 gangsa.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, USM, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar serta Bahagian Penyelidikan & Inovasi, USM
Pulau Pinang ini berlangsung pada 20 hingga 25 Mei 2007 yang lepas dan disertai oleh 12 IPTA dan IPTS. Berikut adalah kejayaan yang dicapai:

 

Bil
Tajuk Projek
Ketua Penyelidik
Pingat
1.
Plain Strain Fracture Toughness Analysis
Sdr Irwanbudiana bin Amsah
Perak
2.
Automatic Test Cases Generation Based On Source Codes
Sdr Tiu Kian Yong
Perak
3.
Development Of Monitoring System For Wafer Fabrication Cleanroom Using Labveiw 7.1 Sopftware
Sdr Azlan bin Muharam
Gangsa

Universiti telah menghantar 17 penyertaan di dalam 4 kategori meliputi i.) Engineering & Technology, ii.) Information Technology and Communication, iii.) Fundamental Science dan iv.) Health and Medical Science. Sebanyak 150 hasil penyelidikan dipertandingkan secara keseluruhannya oleh semua IPT terlibat. Melalui 17 penyertaan, seramai 45 orang pelajar telah menyertai delegasi besar UTHM (1 projek = 3 peserta). Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar UTHM telah mendapat penghargaan khusus semasa ucapan perasmian yang dirasmikan oleh Pemangku Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Omar bin Osman.

NIRC 2007 benar-benar merupakan hadiah besar dan sangat bermakna kepada semua peserta yang terpilih. Ini kerana peserta berpendapat melalui cara ini usaha mereka dihargai dan penerapan budaya dunia penyelidikan sebenar dapat mereka rasai. Tahniah diucapkan kepada semua peserta!!!

 

NIRC 2007
24 Mei 2007
Oleh: Lutfan bin Jaes

Last Updated on Thursday, 10 March 2011 10:01

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: