Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Malaysia technology Expo 2012

DR. ANIKA ZAFIAH LAKAR SEJARAH TERIMA ANUGERAH BERPRESTIJ


‘WOMAN INVENTOR OF THE YEAR’ DALAM MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2012

 

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – Kegemilangan UTHM dalam menerajui aktiviti penyelidikan dan inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan terbukti apabila produk hasil penyelidikan dan inovasi UTHM yang dipertandingkan dalam 11 th Malaysia Invention and Innovation Awards sempena  Malaysia Technology Expo (MTE) 2012 berjaya meraih 3 pingat Emas, 5 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2012. Pameran ini telah dianjurkan mulai 16 hingga 18 Februari 2012 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). MTE 2012 merupakan pameran terbesar yang  berjaya mengumpulkan lebih 550 hasil ciptaan dan inovasi daripada pelbagai industri/agensi termasuk daripada luar Negara seperti Taiwan, Korea, Nigeria,  Poland, Iran dan Arab Saudi .

Sesungguhnya UTHM juga amat berbangga apabila sejak mula menyertai pertandingan ini pada tahun 2006, buat julung-julung kalinya pada tahun ini, seorang penyelidik wanita UTHM berjaya menerima anugerah yang amat berprestij. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Anika Zafiah bt Mohd Rus dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) yang berjaya dinobatkan menerima anugerah ‘Woman Inventor of the Year 2012’ melalui hasil penyelidikan yang diketuai beliau bertajuk : ‘Eco-Smart Monomer Converter (ECO-MOC)’. Kemenangan ini amat bermakna dan telah melakarkan sejarah yang gemilang buat UTHM kerana beliau  adalah satu-satunya penyelidik wanita dalam pertandingan ini yang telah dipilih menerima anugerah yang amat berprestij ini sekaligus meletakkan beliau sebagai  antara penyelidik yang terkemuka di Negara kita dalam menghasilkan penyelidikan yang memfokuskan kepada ‘Green Technology’. Melalui kemenangan ini, beliau telah berjaya membawa pulang pingat emas, wang tunai RM 3,000 dan sijil penghargaan.

Selain itu, produk ‘Miniaturized Dual Frequency Planar Array’ hasil penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Muhammad Yusof bin Ismail (FKEE) dan juga ‘MoBiSiS:  An Android-Based Application For Sending Message Inside Stego Image Through MMS’ hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Rosziati bte Ibrahim turut  berjaya menggondol pingat Emas. UTHM bukan sahaja berjaya menggondol anugerah berprestij ini serta 11 pingat dalam MTE 2012 malah booth pameran UTHM  turut terpilih menerima hadiah tempat kedua bagi penilaian “The Best Booth Design Shell Sheme Category”.

Para penyelidik yang menyertai MTE 2012 juga merasa bertuah atas kesudian Y.Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik& Antarabangsa) UTHM mewakili pihak pengurusan universiti hadir bertemu dengan para penyelidik UTHM pada hari pertama program ini berlangsung. Kehadiran beliau telah berjaya menyuntik semangat  dan keyakinan yang sangat tinggi kepada penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi mereka kepada panel penilai yang membuat penilaian pada  hari tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para penyelidik UTHM yang telah berusaha gigih berjaya mengharumkan nama UTHM dalam pertandingan  pada kali ini. Ucapan penghargaan juga dirakamkan kepada Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), pihak pengurusan  universiti, warga kerja Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan MTE 2012. Semoga kejayaan hari ini akan mendorong warga penyelidik UTHM untuk lebih gigih mencapai kegemilangan pada masa hadapan dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang dapat dimanafaatkan oleh masyarakat sejagat seterusnya menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara melalui kejayaan mengkomersilkan produk tersebut.

 

Last Updated on Friday, 18 May 2012 11:22

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: