Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

news archived

"UTHM WON 19 AWARDS in ITEX2011" in Bahasa Malaysia

 


KLCC, Mei 2011 – Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 3 pingat Emas, 8 pingat Perak dan 8 pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 22nd International Invention, Innovation, and Technology Exhibition 2011 (ITEX’11) yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Mei 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

 Tiga pingat emas untuk UTHM telah disumbangkan oleh hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rosziati Ibrahim (FSKTM), En. Mohd Fadel bin Alwee (FKEE) dan Dr. Anika Zafiah bt Mohd Rus (FKMP). Lebih 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini melibatkan peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Korporat, Agensi-Agensi Kerajaan, Persatuan-Persatuan Inovasi, dan individu perseorangan yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai negara seperti Brunei, Canada, Iran, Korea, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.Pertandingan ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada pihak industri dan pelbagai agensi yang telah menilai daripada beberapa aspek iaitu keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan. Selain itu juga, pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM. Selain itu, UTHM juga amat bertuah kerana booth pameran UTHM telah berjaya memperolehi Pingat Gangsa bagi kategori ’Best Booth Design’ untuk keluasan melebihi 54 sqm². Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam ITEX 2011 serta semua pihak yang telah bersama-sama membantu menjayakan ITEX 2011.

Gambar Sekitar ITEX2011

Last Updated on Monday, 27 June 2011 08:23

"PROTOTYPE RESEARCH GRANT SCHEME (PRGS)- OPEN FOR APPLICATION NOW!!" in Bahasa Malaysia- 31 MAY 2011

Y. Bhg.Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN PROTOTAIP (PRGS)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah membuka permohonan untuk GERAN PENYELIDIKAN PROTOTAIP (PRGS). Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg.Prof./Tuan/Puan dijemput untuk mengemukakan permohonan geran ini dengan mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan :


2.1 Kertas cadangan projek penyelidikan yang dikemukakan hendaklah menepati kriteria penyelidikan Prototaip, mantap
serta lengkap mengikut GARIS PANDUAN PRGS seperti yang dilampirkan;
2.2 Kos projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi RM 500,000 dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga
dua (2) tahun sahaja ; dan
2.3 Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi Fasa 1/2011.

3. Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan dan Garis Panduan PRGS untuk makluman dan perhatian YBhg.Prof/Tuan/Puan. Semua permohonan hendaklah dihantar melalui pihak Fakulti masing-masing dan perlu diserahkan kepada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan selewat-lewatnya pada 31 MEI 2011. Untuk Rujukan Malaysian Research Development Classification System

4. Untuk makluman YBhg.Prof./Tuan/Puan, pihak kami akan mengadakan Bengkel Pemurnian Borang Permohonan selepas tempoh penyerahan dan penyertaan untuk bengkel ini akan diberikan keutamaan kepada semua penyelidik yang mengemukakan borang permohonan sahaja.

5. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada urusetia di talian : 07-453 8393 (Norliah Yaakub) / 07-453 8398 (Noor Haniza Kassim).

Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Norliah bt Yaakub
b/p : Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan

Last Updated on Monday, 06 June 2011 11:42

Call For Papers MUiCET 2011

 

Dear Sir/Madam,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) is proud to host the fourth annual 2011

Malaysian Technical Universities International Conference on Engineering and Technology (MUiCET 2011). The conference themed “Globalising Engineering and Technology for Sustainable Transformation is technically co-sponsored by Malaysian Technical Universities Network (MTUN) . Aimed at bringing together local and international researchers in the fields of engineering and technology, this conference seeks to reduce distance barriers whilst paving way for future research collaborations. In light of this matter, UTHM extends her hand and cordially invites academicians, scientists, engineers and students from academia, industry and government to participate in this conference.

We are soliciting original papers describing the state-of-the-art research and development inclusive (but are not limited to) the following technical areas:

 

A. Electronic and Electrical Engineering
================================

Wireless Communications, Microelectronics, Mechatronics, Optoelectronic, Robotics and Industrial Automation, Microwave Engineering, Computer Engineering, Broadband and Multimedia Communication, Embedded System, Electronic Instrumentation, Consumer Electronics, Energy and Power System

 

B. Mechanical and manufacturing Engineering
================================

Product design, Engineering Material, Structural Integrity, Reverse Engineering and Rapid Prototyping, Advanced processing, Design for Manufacturing and Assembly, CAD/ CAM/ CAE, Green Technology, Ergonomic Design, Automotive Engineering, Aeronautic Engineering, Fluid Power, Alternative Energy, Energy generation

 

C. Civil and Chemical Engineering
================================

Construction & Transportation, Chemical Engineering, Bio- Process Engineering, Biotechnology, Building Management

 

D. Information and Communication Technology
================================

Software Engineering, Multimedia, Management Information System, Computational Intelligent, Networking, Soft Computing and other related disciplines.

 

E. Education, Social Science and Technology Management
================================

Technical& Vocational Education,Social Science, Knowledge Management, Technology Management, Innovation Management, Business and Entrepreneurship Management

 

F. Science
================================

Biology, Chemistry, Physics, Mathematics

 

Key dates for MUICET 2011 are:
==================================

Abstract submission deadline : 26 June 2011

Abstract acceptance notification : 1 July 2011
Full paper submission deadline : 14 July 2011
Full paper acceptance notification : 30 July 2011
Early bird registration : 1 September 2011
Walk-in registration : 13 November 2011

The accepted and presented papers will be published in the conference proceedings (softcopy and hardcopy) and selected papers will be published in MTUN Journal.

Kindly forward this announcement to your colleagues and accept our utmost appreciation for your assistance in this matter.

We look forward to hearing from you soon.

 

Yours sincerely,

Dr. Muhammad Yusof Ismail
The Conference Secretariat of MUICET 2011
Office For Research, Innovation, Commercialization and Consultancy (ORICC)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat, Johor Malaysia
Email:  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Website: http://muicet2011.uthm.edu.my

 

Last Updated on Friday, 25 November 2011 08:36

"Invitation to IP Talk for UNESCO DAY 2011 with PINTAS IP and MTDC" in Bahasa Malaysia

 

Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT/DIALOG HARI HARTA INTELEK  SEMPENA ”UNESCO DAY 2011 BERSAMA PINTAS IP DAN MALAYSIA TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION SDN. BHD (MTDC)  

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan akan mengadakan program dialog bersama Pintas IP dan Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd (MTDC) sempena Hari Unesco 2011.

3.            Sehubungan itu, dengan segala hormatnya Y. Bhg. Prof./ Tuan/ Puan dijemput untuk menghadiri dialog tersebut  seperti  maklumat berikut:

 

                Tarikh                   :               28 April 2011 (Khamis)

                Tempat                :               Dewan kuliah 2, Bangunan Perpustakaan  

                                                Universiti Tun Hussein  Onn Malaysia
                Aturcara                             Rujuk lampiran

                 

4.            Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan ingin mengalu-alukan penyertaan program ini dikalangan staf akademik dan staf bukan akademik. Penyertaan staf dalam  program ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf.

5.            Mohon kerjasama pihak Y. Bhg. Prof./ Tuan/ Puan untuk mengesahkan kehadiran seperti di lampiran1 atau email kepada : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it selewat-lewatnya sebelum 26 April 2011 (Selasa). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Ng Wee Fern / En. Khalil bin Mohamad di talian 07-4538394/8395. 

 

6.            Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

’DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA’

 

Yang benar,

NG WEE FERN

b.p : Dekan (Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan)

Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

samb : 8394





 

Last Updated on Tuesday, 03 May 2011 10:59

4th MPOB GSAS SEMINAR 2011

http://www.mpob.gov.my

Last Updated on Tuesday, 13 March 2012 16:45

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: