Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

PROGRAM RESEARCH & INNOVATION FEST 2012 (R & I FEST 2012)

 RIFest2012

Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan, Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan & Perundingan akan menganjurkan program tahunanya iaitu PROGRAM RESEARCH & INNOVATION FEST (R & I FEST)2012.  Program yang bakal diadakan pada 07 & 08 November 2012 ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penyelidik & pelajar UTHM khasnya dalam mempamerkan hasil-hasil penyelidikan mereka serta memberi ruang perkongsian ilmu dikalangan penyelidik berkaitan inovasi dan penemuan baru yang boleh diketengahkan bagi tujuan pengkomersilan dan sebagainya.

Pelbagai program telah dirancang bersempena program ini dan diantaranya adalah ACARA PERTANDINGAN hasil produk penyelidikan dan inovasi dikalangan staff dan pelajar yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pemenang.  Sehubungan dengan itu, kepada staff ataupun pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah melengkapkan borang penyertaan yang boleh dicapai melalui laman web ORICC .   Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 September 2012 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan program ini bolehlah menghubungi urusetia ditalian 07-4538394 atau 07-4538397.

Sekian, terima kasih.

URUSETIA
R & I FEST 2012
ORICC

Last Updated on Monday, 26 November 2012 14:46

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: