Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Sumbangan Untuk Tabung Endowmen UTHM

Para Dermawan yang dihormati,

 

Per: Sumbangan Untuk Tabung Endowmen UTHM

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Tabung Endowmen UTHM merupakan antara saluran bagi memudahcara untuk para dermawan menyalurkan sumbangan untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

 

Dengan ini, kami sangat berbesar hati mempelawa Tuan/Puan, untuk memberi sumbangan secara tunai kepada Tabung Endowmen UTHM. Dana yang dikutip ini akan diagihkan bertujuan kebajikan pelajar di Universiti untuk pengajian tinggi dan penyelidikan.

 

Sumbangan kepada Tabung Endowmen UTHM ini boleh dilaksanakan melalui:

  • Kaunter pejabat bendahari UTHM (wang tunai / cek / money order) atas nama “BENDAHARI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA”
  • Arahan Potongan Berkala. (Periodic Payment Instruction (PPI)) melalui akaun gaji.

 

Sumbangan anda layak mendapat untuk mendapat pemotongan cukai sebanyak 7% manakala bagi syarikat pengecualian cukai LHDN adalah sebanyak 10% yang ditolak daripada jumlah agregat**(tertakluk kepada had pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri).

 

Lampiran Borang

Lampiran Brosur Endowmen UTHM

 

Timbalan Pendaftar

Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan

Samb: 8307

Last Updated on Tuesday, 29 April 2014 14:51

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: