Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

UTHM Raih 19 Pingat dalam PECIPTA 2013

 

Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) yang berlangsung pada 07 hingga 09 November  lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
 
Sebanyak 20 produk UTHM telah dipertandingkan dalam program dwi tahunan ini dan  telah meraih 3 pingat emas melalui hasil penyelidikan oleh Profesor Madya Dr. Yusri bin Yusoff dengan produk AN APPARATUS FOR EXTRACTION OF LEAF FIBRE (PALF M1),  Profesor Madya Dr. Badrul bin Omar dengan produk FUZZY-CONCEPT dan melalui hasil penyelidikan Dr Soon Chin Fhong,  AN INTEGRATED SYSTEM FOR MEASUREMENT AND MAPPING OF SINGLE CELL TRACTION FORCE.  Lebih membanggakan lagi, dua produk dari UTHM melalui produk Profesor Madya Dr Yusri bin Yusof telah menerima Anugerah khas International Intellectual Property Forum (IIPF) dan produk Profesor Madya Dr Anika Zafiah bt Mohd Rus telah menerima Anugerah Khas Korea Invention News melalui produk beliau : ECO-SMART MONOMER CONVERTER (ECO-SMOC).
 
PECIPTA 2013 yang merupakan kali ketujuh penganjurannya telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh pada 07 November 2013. Pertandingan pada kali ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori Pengkomersilan dan Kategori Penyelidik Muda telah menarik minat hampir 480 produk penyelidikan dan inovasi dari  peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.  Sebanyak tujuh penyertaan dari luar negara juga telah turut serta dalam PECIPTA 2013 ini.
 
Penglibatan UTHM dalam program ini jelas membawa impak yang besar kepada para penyelidik bila mana pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklum balas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM. 
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013).
 
BERIKUT SENARAI NAMA PENYELIDIK 
 
SENARAI PESERTA PERSIDANGAN DAN ESKPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA (PECIPTA 2013)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
 

NAMA PENYELIDIK

NAMA PRODUK

FAKULTI

 

PENCAPAIAN

PM Dr Badrul Bin Omar

Fuzzy-Concept

FKMP

EMAS

PM Dr. Yusri Bin Yusof

An Apparatus For Extraction Of Leaf Fibre (Palf M1)

FKMP

EMAS

Dr. Soon Chin Fhong

An Integrated System For Measurement And Mapping Of Single Cell Traction Force

FKEE

EMAS

PM Dr Mohd Irwan Bin Juki

Ring Type Of Waste Polyethylene Terephthalates Bottle (Rpet) Fibr

FKAAS

PERAK

PM Dr Muhammad Yusof Bin Ismail

Miniaturized Paper Based Substrate Antenna For Automotive Systems

FKEE

PERAK

PM Dr Anika Zafiah Bt Mohd Rus

Eco-Degradable Renewable Polymer

FKMP

PERAK

PM Dr Anika Zafiah Bt Muhd Rus

Eco-Smart Monomer Converter (Eco-Smoc)

FKMP

PERAK

Dr.Goh Kai Chen

Hybrid Multi Criteria Decision Making  In Wide-Area Energy Management System

FPTP

PERAK

Dr.Shahreen bte Kasim

Multingual Phrasebook for Android

FSKTM

PERAK

Dr Aeslina bt Abdul Kadir

Recyling Cigaretle Butts (Cbs) Into Fired Clay Bricks (Cb Bricks)

FKAAS

PERAK

En. Mohd Ezree Bin Abdullah

Green Pavement Technology Incorporating Nanoclay Modified Asphalt Binder

FKAAS

GANGSA

Dr Norzila Bte Othman

Enviro Sorbent For Heavy Metal Removal

FKAAS

GANGSA

PM Dr Nafarizal Bin Nayan

Nano-Cuo: Highly Sensitive And Low Power Voc Sensor

FKEE

GANGSA

Dr Siti Zarina bte Mohd Muji

Versatile Optical Learner

FKEE

GANGSA

Dr. Mohd. Khairul Bin Ahmad

Nanostructures Dye-Sensitized Solar Cell

FKEE

GANGSA

PM Dr. Badrul Bin Omar

Sim-Lhp

FKMP

GANGSA

Dr.Shahreen Bte Kasim

Multi Stage Filtering-Clustering Functional Annotation

FSKTM

GANGSA

Cik Faten Azmira Bte Zakaria

Daily Calorie Manager

FSKTM

GANGSA

En. Mohamad Aizi Bin Salamat

Wayfinding Application Using Dijkstra Algorithm

FSKTM

GANGSA

Pn.Suriawati Bt Suparjoh

Halal Product Tracking System Based On Qr Code

FSKTM

-

 
Dikeluarkan oleh:
 
SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537025    07-4536548
 
 

Last Updated on Tuesday, 29 April 2014 14:51

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: