Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

UTHM cemerlang dalam Bio Malaysia 2013

Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi satu pingat emas dan dua gangsa pada Seminar Bio Malaysia dan Bio Ekonomi Asia Pasific (Bio Malaysia) 2013 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bharu, Johor.

UTHM memulakan langkah pertama buat julung kali menyertai BIO Malaysia 2013 ini dengan menghantar empat produk penyelidikan sahaja.  Apa yang menjadi kenangan paling manis  apabila, penyelidik muda UTHM Dr. Soon Chin Fhong melalui produk A Novel Apparatus and Liquid Crystal Substrate to Produce 3D Cell Culture telah memenangi pingat emas dan anugerah khas Women Bioinnavator Of The Year 2013.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah disertai lebih dari 300 produk dan 58 agensi awam, swasta dan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jelas sekali dengan penyertaan julung kali ini, membawa satu dimensi baru dalam hasil penyelidikan penyelidik UTHM yang berteraskan bio agar penyelidik- penyelidik universiti akan lebih cenderung dan bersemangat dalam penghasilan bidang penyelidikan berteraskan bioteknologi.

Berikut senarai hasil penyelidikan yang menyertai pameran:-

BIL

PENYELIDIK

PRODUK

PENCAPAIAN

 

 

1.

 

Dr. Soon Chin Fhong

A Novel Apparatus and Liquid crystal Substrate to Produce 3D Cell Culture

Pingat Emas & Women Bioinnavator of The Year 2013.

 

 

2.

 

Prof. Madya Dr. Anika Zafiah bte Mohd Rus

 

 

Renewable Degradable Polymer, ReDeP

 

Pingat Gangsa

 

3.

 

Prof. Madya Dr. Anika Zafiah bte Mohd Rus

 

 

Fluidized-Bed Monomer Reactor, F-Mer(F)n

 

-

 

4.

 

Prof. Madya Dr. Kamarulzaki bin Mustafa

 

 

Ellipsometry Based Biosensors For Insitu And Affinity Analysis

 

Pingat Gangsa

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh: 25 Oktober 2013

Dikeluarkan oleh: 

SHAFRY BIN SALIM

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat

Pejabat Naib Canselor

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

'07-4537025    707-4536548

Last Updated on Tuesday, 29 April 2014 14:51

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: