Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

"Invitation to Join the Inaugural Young Inventor Award in Conjunction with the National Intellectual Property Award 2011" in Bahasa Malaysia

JEMPUTAN MENYERTAI ANUGERAH PEREKACIPTA MUDA SEMPENA ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2011 yang disambut setiap 26 April setiap tahun, Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Perbadanan Harta Intelek Negara (MyIPO) telah memperkenalkan Anugerah Perekacipta Muda sempena Hari Harta Intelek Negara 2011.

 

3. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya pihak kami ingin menjemput seluruh pelajar UTHM yang memenuhi kriteria berikut untuk mengemukakan pencalonan anugerah ini:

3.1 Rakyat Malaysia berumur 13-18 tahun pada tarikh tutup iklan;
3.2 Rekacipta difailkan di MyIPO (jika ada);
3.3 Rekacipta mendapat pengiktirafan tempatan dan antarabangsa (jika ada);
3.4 Rekacipta menarik dan kreatif, memberi faedah kepada masyarakat dan berjaya dikomersilkan atau di peringkat pra- pengkomersilan (jika ada); dan
3.5 Penyertaan hendaklah dimajukan kepada Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi untuk pengesahan sebelum dikemukakan kepada pihak penganjur.

4. Bersama-sama ini disertakan Borang Pencalonan dan Syarat-Syarat Penyertaan untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi selewat-lewatnya pada 21 MAC 2011 (ISNIN).

5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Pejabat ini ditalian 07-453 8397 (Pn. Nor Suhada) / 07-453 8394 (Cik Ng Wee Fern). Borang permohonan boleh dimuat turun di sini

Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Last Updated on Monday, 04 April 2011 09:28

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: