Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

"Closing Date for the submission of Research Grant Application 2011" in Bahasa Malaysia

YBhg.Prof./Tuan/Puan,

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN 2011

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa UTHM dan Kementerian Pengajian Tinggi telah membuka beberapa tawaran permohonan Geran Penyelidikan untuk tahun 2011 kepada staf-staf akademik yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh setiap pembiaya geran seperti maklumat berikut :

Dana Penyelidikan UTHM :    i) Geran Jangka Pendek

ii) Geran Insentif Siswazah

Dana Penyelidikan KPT    : i) Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)

ii) Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

3. Sehubungan itu, berikut adalah maklumat PENTING mengenai tarikh tutup penghantaran borang permohonan geran-geran penyelidikan tersebut KE PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PERUNDINGAN, PENGKOMERSILAN DAN INOVASI melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan) Fakulti masing-masing:

Nama Geran
Tarikh Tutup
Geran Penyelidikan Jangka Pendek 2011 (UTHM)
08 Mac 2011
Geran Insentif Siswazah 2011(UTHM)
08 Mac 2011
Geran Penyelidikan Fundamental 2011 - (Permohonan Januari 2011 yang telah dikembalikan kepada penyelidik untuk dimurnikan)
14 Mac 2011
Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) 2011 (KPT)
31 Mac 2011
Geran Penyelidikan Fundamental 2011 - (Permohonan baru)
31 Mac 2011

3.    Sukacita juga dimaklumkan bahawa untuk Geran FRGS dan ERGS, setiap Penyelidik dibenarkan untuk menjadi ketua untuk SATU(1) projek penyelidikan bagi SATU (1) jenis geran sahaja.

Sehubungan itu, sekiranya YBhg.Prof./Tuan/Puan ingin mengemukakan DUA proposal penyelidikan, sila pastikan hanya SATU (1) proposal untuk setiap SATU (1) jenis geran sahaja yang dikemukakan.

Contoh : Penyelidik XYV ingin mengemukakan 2 Proposal sebagai Ketua Penyelidik.
Maka, perlu menghantar SATU (1 ) FRGS (KETUA) DAN SATU (1) ERGS (KETUA)

4.    Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg.Prof./Tuan/Puan amat dihargai. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Pn.Norliah (07-453 8393) / Pn. Nor Haniza/Cik Aida (07-453 8398).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Pengarah (Penyelidikan)
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi

Last Updated on Monday, 04 April 2011 09:27

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: