"Invitation to IP Talk for UNESCO DAY 2011 with PINTAS IP and MTDC" in Bahasa Malaysia

 

Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT/DIALOG HARI HARTA INTELEK  SEMPENA ”UNESCO DAY 2011 BERSAMA PINTAS IP DAN MALAYSIA TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION SDN. BHD (MTDC)  

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan akan mengadakan program dialog bersama Pintas IP dan Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd (MTDC) sempena Hari Unesco 2011.

3.            Sehubungan itu, dengan segala hormatnya Y. Bhg. Prof./ Tuan/ Puan dijemput untuk menghadiri dialog tersebut  seperti  maklumat berikut:

 

                Tarikh                   :               28 April 2011 (Khamis)

                Tempat                :               Dewan kuliah 2, Bangunan Perpustakaan  

                                                Universiti Tun Hussein  Onn Malaysia
                Aturcara                             Rujuk lampiran

                 

4.            Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan ingin mengalu-alukan penyertaan program ini dikalangan staf akademik dan staf bukan akademik. Penyertaan staf dalam  program ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf.

5.            Mohon kerjasama pihak Y. Bhg. Prof./ Tuan/ Puan untuk mengesahkan kehadiran seperti di lampiran1 atau email kepada : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it selewat-lewatnya sebelum 26 April 2011 (Selasa). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Ng Wee Fern / En. Khalil bin Mohamad di talian 07-4538394/8395. 

 

6.            Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

’DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA’

 

Yang benar,

NG WEE FERN

b.p : Dekan (Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan)

Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

samb : 8394





 

Last Updated on Tuesday, 03 May 2011 10:59