Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

"PROTOTYPE RESEARCH GRANT SCHEME (PRGS)- OPEN FOR APPLICATION NOW!!" in Bahasa Malaysia- 31 MAY 2011

Y. Bhg.Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN PROTOTAIP (PRGS)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah membuka permohonan untuk GERAN PENYELIDIKAN PROTOTAIP (PRGS). Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg.Prof./Tuan/Puan dijemput untuk mengemukakan permohonan geran ini dengan mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan :


2.1 Kertas cadangan projek penyelidikan yang dikemukakan hendaklah menepati kriteria penyelidikan Prototaip, mantap
serta lengkap mengikut GARIS PANDUAN PRGS seperti yang dilampirkan;
2.2 Kos projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi RM 500,000 dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga
dua (2) tahun sahaja ; dan
2.3 Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi Fasa 1/2011.

3. Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan dan Garis Panduan PRGS untuk makluman dan perhatian YBhg.Prof/Tuan/Puan. Semua permohonan hendaklah dihantar melalui pihak Fakulti masing-masing dan perlu diserahkan kepada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan selewat-lewatnya pada 31 MEI 2011. Untuk Rujukan Malaysian Research Development Classification System

4. Untuk makluman YBhg.Prof./Tuan/Puan, pihak kami akan mengadakan Bengkel Pemurnian Borang Permohonan selepas tempoh penyerahan dan penyertaan untuk bengkel ini akan diberikan keutamaan kepada semua penyelidik yang mengemukakan borang permohonan sahaja.

5. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada urusetia di talian : 07-453 8393 (Norliah Yaakub) / 07-453 8398 (Noor Haniza Kassim).

Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Norliah bt Yaakub
b/p : Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan

Last Updated on Monday, 06 June 2011 11:42

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: