Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

LRGS Open For Registration Now!!

YBhg. Prof./ Dr./ Tuan / Puan,

PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA

PANJANG (LRGS) BOTTOM UP 2012

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan geran penyelidikan bagi menjalankan projek-projek penyelidikan jangka panjang di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Bottom Up tahun 2012 akan dibuka kepada kumpulan penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula pada 6 Disember 2011 hingga 6 Januari 2012.

3. Kertas konsep yang dikemukakan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan kepada Garis Panduan LRGS. Tempoh penyelidikan adalah dari 3 hingga 5 tahun dan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) IPT. Siling bagi setiap program LRGS adalah RM3 juta setahun. Maklumat yang berkaitan juga boleh merujuk di laman web http://jpt.mohe.gov.my/menupenyelidik.php.

4. Setiap permohonan perlulah disertakan dengan satu (1) salinan hardcopy dan softcopy kertas konsep. Kertas konsep yang lengkap hendaklah dimajukan ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), ORICC sebelum 23 Disember 2011.

Sekian, terima kasih.

Pusat Penyelidikan dan Penyelidikan

Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan

(ORICC)

 

Last Updated on Monday, 02 January 2012 16:59

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: