Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

UTHM Gondol 20 Pingat dalam ITEX 2012

KLCC, Mei 2012 - Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 5 pingat Emas, 12 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 23rd International Invention, Innovation, and Technology Exhibition 2012 (ITEX'12) yang berlangsung pada 17 hingga 19 Mei 2012 lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). UTHM telah meraih lima pingat emas melalui hasil penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Zarar Mohd Jenu dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik(FKEE), Prof. Madya Dr. Hussain Othman (FKEE), Dr. Muhammad Yusof Ismail (FKEE), Dr. Ahmad Rizal Madar (Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional) dan Dr. Anika Zafiah Mohd Rus (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan). Lebih dari 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Korporat, Agensi-Agensi Kerajaan, Persatuan-Persatuan Inovasi, dan individu perseorangan. Pertandingan ini juga mendapat penyertaan daripada pelbagai negara seperti Iran, Korea, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.
Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada industri dan pelbagai agensi yang menilai melalui beberapa aspek iaitu keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan. Selain itu juga, pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam ITEX 2012 serta semua pihak yang telah bersama-sama membantu menjayakan ITEX 2012.

Disediakan oleh ICC, ORICC

 

KEPUTUSAN PENYERTAAN PENYELIDIK UTHM DALAM PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI SEMPENA 23rd INTERNATIONAL INVENTION INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION 2012

BIL

KETUA PENYELIDIK

PRODUK

 

PINGAT

1.

Prof. Dr. Mohd Zarar Mohd Jenu

Integrated Electromagnetic Field Detection System

Emas

2.

Dr. Anika Zafiah bte Mohd Rus

Catalyst Converter For Eco-Sustainable Production [C-C]

Emas

3.

Dr. Muhammad Yusof Ismail

Dual Frequency Flat Reflector for Mobile Communication System

Emas

4.

Prof. Madya Dr. Hussain Othman

Smart Tutor for Higher Education (Smart Tutor)

Emas

5.

Dr. Ahmad Rizal bin Madar

Application of Digit Electronic Digital (ADED)

Emas

 

6.

En. Maznan bin Ismon

Spiral Effect Dust Collector

 

Perak

7.

En Shaiful Rizal bin Hj. Masrol

EDRG Ball Forming Machine (BaFoMac1)

Perak

8.

Dr. Nik Hisyamudin Muhd Nor

Portable Coconut Grater

Perak

9.

Dr. Karthigesu a/l Nagarajoo

Smart Corn Seed Slider

Perak

10.

Dr. Muhammad Yusof Ismail

Tuneable Microwave Absorber for Wireless System

Perak

11.

En. Mohd Zainizan Sahdan

Naturally Doped Uniform TiO2 Thin Films form Malaysian Industrial Waste

Perak

12.

Nafarizal bin Nayan

Precise Process Control for Nano-scale Thin Film PVD Deposition

Perak

13.

Dr. Mohd Kamarulzaki bin Mustafa

Electrostatic Self Assembly Functionalize MgCO3 Polyelectrolyte Immuno-Capsule for Filtering Contaminated Liquid.

Perak

14.

Prof. Dr. Rosziati Ibrahim

MoBiSiS: Transmiting Data Inside Image via Mobile Phone using MMS

Perak

15.

Dr. Mohd Najib bin Mohd Salleh

Malay-Mandrin Translation for Business Traveler Using Android Technology

Perak

16.

En. Nazri bin Abdullah

Automation Residential Electricity Cut-Off System Using Networked-Based Embedded Controller

Perak

17.

En. Mohd Khairy b. Burhanuddin

Lightweight Compressed Earth Brick (LCEB)

Perak

18.

Prof. Madya Dr. Badrul bin Omar

1D Mathematical Modeling Simulation of LHP in Quenched Steel Bar

Gangsa

19.

Dr. Zamri bin Omar

High Peformance VTOL UAV

 

Gangsa

20.

Dr. Mohd Najib bin Mohd Salleh

Crop Selectin in Decision Support System Using Fuzzy Modelling Technique

 

Gangsa

 

 

Last Updated on Monday, 25 June 2012 12:39

About Us

Office for Research, Innovation, Commercialization,
Consultancy Management (ORICC) 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email : oricc@uthm.edu.my

 

You are here: